Ulasan kritis Tokan (filem)

Melati Pusaka dari Free Malaysia Today mengulas: "kelainan Tokan adalah dari segi jalan cerita yang nampak lebih realiti dan berat dan kita tahu pelakon-pelakon seperti Wan Hanafi Su, Pekin serta ramai lagi memang dikenali dengan gaya pembawakan watak serius. Mereka berjaya menjiwai watak yang diberi."[2] Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar Online pula mengulas bahawa Tokan ialah adunan di antara aksi dan elemen drama diadun dengan cukup baik dan memberi rasa lengkap.[3]